KOMPUTER SEBAGAI ALAT , GURU DAN PELAJAR
Komputer merupakan penggabungan pelbagai aspek inovasi sehinggalah menjadi sesuatu yang penting dan utama dalam kehidupan seharian untuk tujuan yang begitu luas. Dalam menyelusuri arus kehidupan, kita amat memerlukan kepentingan komputer tidak kiralah dari mana-mana aspek sekali pun. Inilah yang dikatakan komputer sebagai alat , guru mahupun sebagai pelajar kepada kita.
Komputer adalah alat atau agen pencarian maklumat kepada kita dimana segala maklumat yang diperlukan boleh dicari dalam masa yang singkat berbeza jika kita mencari sesuatu maklumat melalui bahan-bahan rujukan seperti buku atau bahan-bahan lain. Melalui komputer kita boleh mendapatkan sesuatu maklumat hanya dalam masa kurang dari satu minit sahaja kerana semuanya bergantung kepada kecekapan hujung jari anda bersama pemikirin anda jika dibandingkan dengan mencari maklumat didalam perpustakaan contohnya, masa yang diambil untuk mencari buku yang berkaitan dengan tajuk yang anda mahukan tidak munkin dalam masa kurang dari satu minit bukan?.Komputer juga merupakan salah satu menyimpanan bahan-bahan yang telah direkodkan tidak kiralah sama ada bahan bertulis mahupun bahan grafik. penyimpanannya juga selamat dan pantas untuk diakses semula.
Komputer juga merupakan guru kepada kita dimana tugas guru ialah memberi tunjuk ajar kepada kita dan membantu terutamanya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan kepada kita. Komputer juga memainkan peranan yang sama walaupun ada perbezaan antara guru dan peranan komputer contonhnya seorang guru adalah manusia yang mempunyai perasaan manakala komputer merupakan satu alat elektronik sahaja namun peranan yang dimainnya banyak mempunyai persamaan. Komputer salah satu medium yang amat bernilai jika digunakan secara meluas. Komputer juga merupakan agen yang menyebarkan ilmu dimana kita boleh mendapatkan sesuatu dengan mudah dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Ramai pengguna mementingkan medan elektronik ini dalam menjadikan medium pencarian maklumat yang diinginkan.
Seterusnya, komputer juga merupakan pelajar kepada kita dimana boleh menjadi teman untuk kita dalam mempelajari sesuatu. komputer juga menjadi penghubung diantara kita dan dunia yang kita tidak ketahui dan kita boleh mengetahui pelbagai perkara yang kita tidak ketahui.Komputer akan menjadi pelajar kepada kita apabila kita menjadi guru kepadanya dimana komputer boleh menjadi medium untuk kita mencurahkan ilmu yang kita ada untuk diberitahu kepada orang lain.
Begitu jelas apabila diperkatakan tentang medium komputer kepada kita dimana komputer boleh memainkan pelbagai aspek untuk setiap individu yang meggunakannya. Jika medium ini lebih difahami terutamanya dengan lebih mendalam maka begitu banyak sekali fungsinya dalam kehidupan seharian.

publication1_2_1.pub | |
File Size: | 232 kb |
File Type: | pub |

bousher.pdf | |
File Size: | 269 kb |
File Type: |